Thursday, June 30, 2011

~ apabila kawan lelaki lagi best dr kawan perempuan.. ~

Assalamualaikum..
hari nie cuaca elok..tidak terlampau panas mcm semalam..yg best nyerr aku dah x demam..Alhamdulillah..sebelum masuk kelas leisure,aku kuar makan ngan member2 aku..laki ada..pmpuan pon ada..bila dh kumpul ramai2,meriah jew..gelak2 la..mcm2 story ktorg share..emm..entry aku arinie pasal KAWAN LELAKI aka BOYFRIEND..bkn SPECIAL BOYFRIEND tau..hehe..korg penah x rase kalu kawan dgn lelaki lg best drpd kawan ngan girl??aku pon ada rase mcm tue jgk..hehe..bg aku kwn ngan laki lg best kowt..tpi aku x ckp pon kwn ngan pmpuan nie x best tpi ada certain2 kwn pmpuan nie agak membosankan jgk la..time lepak,tau nak gOssip jew..sebab tue la rmi ckp pmpuan nie GOSSIP GURL..kannnnn???huhu..i'm sOooo lucky laa cOz kwn pmpuan aku sume sempoi2..kecoh2 ckit..kelakar..kalu 1 hari x gelak,memg x sah la..huhu..


bagi aku kawan lelaki ngan kawan pmpuan byk beza..nie aku bg sedikit advantage bila kite kawan ngan laki..


1) lelaki nie open minded..korang cite la ape2 story pon,konfem diorg layan jgk..huhu
2) gOod listener..diorg boleh dgr masalah korg..silap haribln,diorg bleh tolong korg solve prob tue..
3)sbg PROTECTOR kpd kaum hawa..haaa..kalu lepak ngan diorg,korg bleh rse selamat skit coz ada 'HERO' dlm group korg..hehe
4) straight to the point...bila lepak ngan diorg,korg kena tahan telinge ckit la..kalu diorg ckp baju korg burok kew,mekap tebal kew,blusher merah sgt kew,korg jgn kecik hati plak..diorg jz ckp jujur jew..huhu..=D
5) nO gOssip..diorg x suke dgr gossip nie..topic diorg jz pasal moto,bola,kete sometimes pasal gurl..huhu..
6) sbg DRIVER..haha..haaa..nie memg IMPORTANT..kalu nak pegi jalan2,kaum adam kena ada..jdi driver..kitorg tukang tunjuk jalan jew..haha
7) otak diorg cpt pick up drpd pmpuan..kalu korang wat study group dgn kaum adam nie,secara x lngsung,otak korg pon akan cpt pick up jgk..laki nie malas tpi cpt pick up..kalu pmpuan plak,sangat rajin tpi lmbt pick up ckit..hehe..so,bila wat study group laki ngan pmpuan nie,boleh membantu jgk la..hehe
8) pandai SIMPAN RAHSIA..haa..diorg nie bleh dikatakan amanah jgk la..bg diorg,biar pecah diperut,jgn pecah di mulut..hehe


ok..sampai sini jew aku nak tulis..huhu..bg aku berkawan dgn berlainan jantina nie x salah asalkan tidak menimbulkan fitnah n menjaga adab..diorg pon boleh jadi BESTFRIEND FOREVER jgk..(^_^)



yeahhh..mereka umpama SUPERMAN utk kaum hawa..
sebagai HERO dan PENYELAMAT hidup kaum hawa..
so,hargailah kawan kita seadanya..tak kisah la
LELAKI ataupon PEREMPUAN..

Wednesday, June 29, 2011

"Wordless Wednesday #2"

Assalamualaikum..
penutup untuk hari ini..



* setiap hari rabu post gambar di blog masing2
tanpa sebarang description..=)

~ gOshhh!!!!!aku demam ~

Assalamualaikum..


hari nie hari yg paling lemah utk aku..aku x sihat..
demam+migrain+batOk+sakit tekak+selesema..arghhh..terok betol..pegi kelas xdew semangat..muka pucat sampai member2 kelas aku tegur..dgn cuaca yg hujan pada waktu pagi..panas terik waktu petang..memang rase nak pengsan..huhu..balik rumah,terus mandi..then baring sambil tampal 'koyop' kt kepala..letak panadol n 100 plus tepi sofa..bila dh baring,mula la melayan perasaan...tetiba teringat pulak kt family...kalu skunk aku kt kmpung,konfem skunk ada org jage aku..picit kepala aku..waaaa..rindu nyerrr..(tetibe touching..haha)..aku kena kuat kan semangat..semoga aku GET WELL SOON..=)

Tuesday, June 28, 2011

"Wordless Wednesday #1"

Assalamualaikum..




* jOm ramai2 join WORDLESS WEDNESDAY..=)

setiap hari rabu,post kan gambar di blog masing2 tanpa meletakkan sebarang description..biar gambar yg menjelaskan segala2 nya..=)

Wordless Wednesday!!!!!


Tak sabar nyaaaaa nak tunggu pukul 12..hahaha..1st time nie nak try WORDLESS WEDNESDAY..huhu..KOrang tau x apa itu WORDLESS WEDNESDAY??benda nie khas utk blogger2 yg nak share gmbar..pada setiap hari rabu,semua blogger akan buat 1 entry dan post gambar di blog sendiri tanpa sebarang description..so,biar gambar jew yg menjelas kan semuanya..hehe

~ BEWARE!!!!!! ~

Assalamualaikum..
tadi aku tengah on9 facebook,tetibe bf aku suruh tgk kt wall die..ada member die hantar something kt die..then,aku pOn bukak la..http://www.calvary.org.my/..tapi yg aku bukak tadi tue link blog sorg budak nie..nie link die..http://akumimi88.blogspot.com/2010/10/gereja-kristian-terbesar-di-asia-bukit.html..die cerita pasal CHURCH TERBESAR DI BUKIT JALIL DAN TERBESAR DI ASIA!!!!!!terkejot aku bace..


now in progress !!


location


semakin hari,semakin banyak bangunan yang dibina di negara kita..kita berbangga kerana negara kita menjadi negara yang kian membangun..memang kita berbangga ada bangunan yg tertinggi..tapi ramai yang x tahu disebalik bangunan tersebut..makin lama,islam semakin dikaburi..bejaga-jagalah wahai umat islam..



TERKEJUT KAH??????

Ada lagi bangunan yg berunsur FREEMASON cuma kita jew yg x tahu..salah satu nya ialah bangunan KLCC..korang tak percaya bangunan yg selama nie kita bangga dan agung2kan rupa2nya bangunan yang bercirikan yahudi..????berdoa lah semoga agama islam kite tidak pupus..AMIN..




lantai berpetak (garisan merah) juga boleh didapati berhampiran dengan KLCC. Dalam gambar di atas, lantai berpetak berada di bawah Jachin dan Boaz. Sama juga dengan lantai berpetak yang terdapat di KLCC tetapi telah disorokkan di dalam bangunan. Lantai berpetak ini terdapat di dalam bangunan Suria KLCC bukan di dalam dua menara utama bagi menepati syarat bahawa lantai ini berada di bawah tiang, bukan di dalam.




Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambil daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu matahari.


Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

* jika ada tersalah info,harap dimaafkan..=)

Monday, June 27, 2011

~ adab tidur ~

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.



* sama2 lah kita mengamalkan adab2 tido ini..semOga hidup kita diberkati..=)

~ euuuwwwww..tak sukanyaaa ~


Assalamualaikum wahai teman2ku sekalian..happy mOnday..huhu..hari nie kelas aku sgt pack..sampai pkul 6..penattt..tpi arinie aku skip kelas kul 4 smpai 6..penat..x larat..hahaha..tpi nasib baik rupe2nya kelas cancel..hehe..hari nie aku nak share pasal seOrang manusia nie..memg manusia pon..xkan haiwan plak..haha..emm..kOrg ada x kawan2 yg bajet bagOs..kata lainnya ialah ANNOYING..huhu..dalam kelas aku nie ada lah sorg mamat nie..mak aiiiii...berlagak pandai jew..sengal betol..bile madam ajar,ada jew die nk interrupt..kadang2 bile madam bg jwpan nie,die mencelah..bg jwpan die plak..kalu ape yg die ckp tue betol xpela..nie x..sume yg die ckp sume x betol..adoiii..sampai madam pon dh mcm malas nak layan...huhu.walaupOn anda sangat expert tentang subject yg kite belajar tpi x semestinya anda perfect..sekian..=)



Saturday, June 25, 2011

~ SEPAH AWESOME ~



Semalam maharaja lawak dah berakhir..even aku sedikit kecewa cOz x dpt pegi tpi xpe..aku dpt tgk kt gua.com..huhu..TAHNIAH SEPAH..u guys did a good jOb..huhu..aku memg dh expect yg sepah akan menang coz diorg memg konsisten dr mnggu 1st lg..tpi aku kecewa jgk coz jOzan x dpt yg terbaik mlm tue..nsib 2nd performance tue diorg wat yg terbaik..walaupon diorg x menang,diorg still femes..diorg x perlu kecewa coz diorg kalah bermaruah..=)..kepada jambu ngan nabil,even x menang,korg still bagos coz dpt msok final..maharaja lawak dh habis...nO mOre MAHARAJA LAWAK pasnie..(^_^)


Friday, June 24, 2011

~ hari jumaat ~

Assalamualaikum..selamat hari jumaat..hari nie aku nak share ckit ngan korang ape yg special nya hari JUMAAT nie..bg aku selain PENGHULU SEGALA HARI,hari jumaat la aku paling suke cOz aku xdew kelas..hahaha..so,kawan2 ku sekalian,silalah baca sedikit infO yg aku dapat dari ENCIK GOOGLE ye..hehe..

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

* kepada KAUM ADAM,silalah rajin2 kan diri anda untuk pergi solat jumaat ye..tiada alasan masjid penuh kew,imam bg khutbah lama kew..hehe..=)

Thursday, June 23, 2011

~ KIWIBERRY sOdap macam TUTTI FRUTTI..=D ~


hari ini hari yg memenatkan..bkn hari nie jew penat tpi hari2 penat..haha..tpi arinie penat sgt coz baru balik dr bli barang dapor ngan housemate aku..lokasi beli belah of coz tmpt paling dkat bg kitorg yg x ada transport nie ialah tesco extra and giant seksyen 13 shah alam..port bese beli belah..huhu...banyak makanan kitorg beli..sume sekali RM100++.. hahaha.memang banyak kitorg beli padahal yg makan x rmi mane pon..huhu..time otw balik,aku nak tukar duit..so,terpaksa la beli something..then,ktorg ternmpak kedai baru bukak..nme die KIWIBERRY..ala2 TUTTI FRUTTI..die bg tester..aku amik perisa strawberry..bile mkn,perghhhh..sedap gilerrr wa ckp sama lu..hahaha..rse yOgurt tpi ais krim..then,ktorg decide nk beli..share..so,ktorg pilih sndiri and decorate sendiri.. terpulang la nak letak ape..so,ktorg cmpur strawberry cmpur coklat ala2 dato siti..hahaha.. then kt atas letak kiwi n coklat chip..sedappp..hehe

Wednesday, June 22, 2011

~ fenOmena ANGRY BIRDS ~


Assalamualaikum..hari nie hari yg memenatkan..baru balik dr kelas..pas mandi terus on lappy update blog..bagus aktiviti aku arinie..huhu..hari nie aku nak tulis pasal ANGRY BIRDS..aku tau korg msti penah men game nie kan..jgn ckp korg x penah men cOz aku ckit pOn x pcye..hahaha..skunk nie org asik layan game nie jew..aku salah seorg drpd nya..huhu..befOre dis aku x tau ANGRY BIRDS tue pe..dgr2 mcm tue jew..then dlm fb kecoh men game angry birds..aku pon ape lg,download la game nie kt lappy aku..dh install,aku pon mula la misi aku bermain angry birds..1st aku men,aku asik gelak jew..hahaha..comey giler birds tue..asik nak marah jew..haha..patot la nme die angry bird..game tue kena baling kt 'VAVI' tue..nme sopan die khinzir..hehe..bile x kena,bleh plak binatang tue gelak..haha..sengal tol..aku men asik gelak jew..geram pon ada coz x dpt bling kt binatang tue..huhu..bleh jdi addicted aku kt game nie..hehe..


skunk nie,bukan setakat game jew tpi angry birds nie dh ada product sndiri..mcm2 diorg buat..dahsyat gilerrr..hahaha..





comey nyerrrrrr....hahaha..aku pcye kt malaysia nnti konfem akan ada brng2 angry birds jgk..huhu..kpd yg ske sgt men game nie,jgn asik nak men jew...nnti study ke laut..haha..=)

Tuesday, June 21, 2011

~ andai mereka tahu.. ~

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.