Sunday, August 21, 2011

shawl baruuu..yeayyy..x sabar nak pakai raya..

Assalammualaikum


yeayyy..seronoknyaaa..nmpaknya shawl yg aku beli online sudah sampai..buat payment hari khamis..sampai hari semalam..cepat jew..hehe..so,warna hijau tua bagi kat adik 1..yg ungu aku amik..x sabOr nak pakai..huhu..




Saturday, August 20, 2011

bagi kad raya ke atau hantar guna sms?

Assalammualaikum..

nampaknya sudah masuk 20 ramadhan..ya Allah..cepat betol masa berlalu kan??dh malam Lailatul Qadar nie..alhamdulillah..raya pon nak dekat dah.. lagu2 raya pon dah pasang kt semua mall..huhu..bila dh dekat nak raya nie, macam2 kad raya jual kat kedai..ada yang buka2 kuar lagu la..ada yang buka2 timbul gambor kartun la..makin lama kad raya makin upgrade..hehe..tapi sekarang dunia pon dah maju..so,nak kirim2 kad raya pon dah jarang..semua guna sms la..facebOok la..mms la..aku pon macam tue jgk..haha..bukannya apa..kalu guna hp senang dan pantas jew..x perlu nak keluar beli setem la, pegi pejabat pos la,tunggu abg posmen hntr kad raya la..(^_^)..tapi bagi aku, kalu bagi kad raya lebih bermakna lagi..baru terasa mcm nak raya..kad raya pon boleh simpan buat kenang-kenangan..teringat aku masa zaman aku sekolah..tiap kali nak raya jew,msti beli kad raya yg 1 packet rm5.00..dlm tue ada 3 kad raya..sekali dgn sampul..beli banyak2..lepas tue buat list nama kawan2 yg nak bagi kad raya..esok pagi pegi sekolah,bagi kat kawan sekelas.. x payah susah2 nak pos..main tukar2 kad raya..time sekolah banyak gila dapat kad raya..tpi kad raya dr secret admire xdew sebab aku sekolah perempuan.. haha..


tapi sekarang itu semua dah xdew dah..guna sms jew..sms pon sms la..yang penting,aku sentiasa ingat kt orang2 sekeliling yang aku sayang..=)..lagipon sekarang ramai yang guna mms..bagi gambar raya pastue siap keluar lagu lagi..huhu..so,x kesah la sama ada nak bagi guna kad atau sms ke..yang penting kita ingat antara satu sama lain..yang penting IKHLAS..sekian..=)


* aku still simpan kad raya masa zaman sekolah dulu dalam kotak..=).lepas tue semalam aku keluar dgn kawan pegi jalan2 tengok baju raya..lepas tue aku beli 2 kad raya siap timbul yg kartun tue..cute..haha..nak bagi dekat 2 orang insan yang aku anggap istimewa selepas keluarga tercinta..=)

Wednesday, August 17, 2011

"Wordless Wednesday #8"

Assalammualaikum


* setiap hari rabu post kan gambar di blog masing2
tanpa sebarang description.

Saturday, August 13, 2011

~ ramadhan dan bubur lambuk ~

Assalammualaikum..

hye semua..sudah nak dekat seminggu aku tak update blog nie..dah bersawang dah..huhu..bukannya ape,tak ada story yang menarik aku nak tulis..so,aku pon menyepi  jela..hehe..emm.. nampaknya pejam celik pejam celik dah masuk 13 ramadhan dah..sekejap jew masa berlalu kan??aku pulak lagi seminggu lebih nak balik kampung..nak sambut puasa awal seminggu dengan family aku.. tak sabar rasenya nak balik kampung..hari tue balik sekejap jew..balik sabtu,ahad balik shah alam balik..tak puas.. hehe..sempena bulan yang penuh berkat nie,kolej aku buat macam2 program..aku pon ada involved jugak..macam last week,aku ada program iftar kt kolej aku MSU (management and scence university).then solat maghrib n isyak berjemaah..lepas tue terawikh sekali kt masjid kolej aku..hari selasa nie pulak lepas zohor aku ada program tayangan perdana sempena ramadhan untuk anak2 yatim..then lepas asar,aku pegi dgr ceramah HALAQAH kat kolej aku..lepas tue iftar sekali..bunyi macam aku nie terlampau busy pulak kan??hehe..alhamdulillah..atleast ada jugak program aku terlibat..tak dew la aku buang masa duduk rumah jew..huhu..

emm..kalu tiba bulan ramadhan jew,mesti ada bubur lambuk kan??di mana ada ramadhan,di situ ada bubur lambuk..hahaha..aku tak tau ape yang sedap sangat dengan bubur lambuk tue sebab aku tak minat bubur lambuk..kalau ibu aku buat bubur biasa,aku makan laa..hehe..tadi aku tengok tv,ada tunjuk cite pasal bubur lambuk kat masjid jamek kampung baru..diorang cakap bubur kt situ sedap..aku pon tau pasal benda tue tapi aku tak tau ape yang sedap nya..bagi aku sume bubur lambuk sama jew..mayb sebab resepi bubur lambuk kampung baru adalah resepi turun temurun kot..sebab tue sedap..sebab tue orang ramai sanggup beratur panjang semata mata nak dapatkan bubur lambuk tue..haishhh..dahsyatttt..huhu..sesetengah orang mungkin suka tapi aku tak berapa suka sebab banyak sangat bahan dalam bubur tue..hehe..emm..pape pon,bubur lambuk la juadah yang aku rasa laris and makanan yang mempunyai 'berkat' sebab campur dengan makanan nabi contohnya kismis,badam..kurma pon ada kot..hehe..so,bulan puasa nie aku nak pesan,sila lah kawal nafsu makan ye..jangan membazir..beli ala kadar jew..sekian..=)


* selalu pergi jalan-jalan kat bazaar ramadhan seksyen 13 shah alam semata-mata nak tengok ayam,kambing yang bergOlek-gOlek kat atas api..hahaha

Sunday, August 7, 2011

~ wanita istimewa disisi ALLAH ~

Assalammualaikum
WANITA :

1) Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

2) Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

3) Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

4) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..

5) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.



Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Dan kepada para wanita, jika anda merupakan seorang isteri dan amat menyayangi suami anda, maka taatlah kepadanya selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah. Jika anda seorang anak gadis dan amat menyayangi bapa anda, maka taatlah kepadanya selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah. Begitu jugalah jika anda seorang adik perempuan yang dijaga oleh abang anda dan anda amat menyayangi abang anda, maka taatlah dia selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah...wallahua'lam.

Friday, August 5, 2011

~ saya manusia paling bahagia hari ini..haha ~

Assalammualaikum..


yeayyy..aku la manusia paling gembira hari nie..haha..nak tau sebab pe??bukan sebab cikit lagi nak berbuka atau bukan sebab nak balik kampung esok tapi sebab hari nie aku dah habis exam..hahaha..at last,berakhir jugak sengsara aku nak menjawab paper yang sangat KILLER especially paper HUMAN RESOURCE MANAGEMENT..(saje besar kan tulisan coz nak mengambarkan betapa susah subj nie..hehe)..kalu boleh drop subj nie,memang sah2 aku drop..haha..soalan subj tue,mak aiii..susah gila..muntah hijau aku nak buat..haha..nak kata aku tak study,memang sah la tak betol..aku study sampai mata terpejam..buat note pon sampai pejam mata..amacam??terer tak aku..hahaha..setelah seminggu hidup aku agak messy sebab study sampai x cukup tido sehingga menyebabkan mata aku menjadi lebam dah tidak bermaya,akhirnya hari nie aku boleh berehat sepuas2 nya..(cakap beria jew..haha)..yang penting aku nak layan cite korea CITY HUNTER sampai habis episode..haha..okayy.. aku sebenarnya risau result midterm nie..susah pulak paper untuk sem nie..tpi aku harap everything gonna be ok..aminnnn..lagi satu,esok aku nak balik perak..yahooo..rindu gila kt family aku..kucing aku chane agaknye...lagi comey kew atau lagi comot..hehe..tak sabar nak buka puasa dgn family aku..hehe..ok la..cikit lagi nak berbuka dah..selamat berbuka ye kawan2..daa..(^_^)