Saturday, August 13, 2011

~ ramadhan dan bubur lambuk ~

Assalammualaikum..

hye semua..sudah nak dekat seminggu aku tak update blog nie..dah bersawang dah..huhu..bukannya ape,tak ada story yang menarik aku nak tulis..so,aku pon menyepi  jela..hehe..emm.. nampaknya pejam celik pejam celik dah masuk 13 ramadhan dah..sekejap jew masa berlalu kan??aku pulak lagi seminggu lebih nak balik kampung..nak sambut puasa awal seminggu dengan family aku.. tak sabar rasenya nak balik kampung..hari tue balik sekejap jew..balik sabtu,ahad balik shah alam balik..tak puas.. hehe..sempena bulan yang penuh berkat nie,kolej aku buat macam2 program..aku pon ada involved jugak..macam last week,aku ada program iftar kt kolej aku MSU (management and scence university).then solat maghrib n isyak berjemaah..lepas tue terawikh sekali kt masjid kolej aku..hari selasa nie pulak lepas zohor aku ada program tayangan perdana sempena ramadhan untuk anak2 yatim..then lepas asar,aku pegi dgr ceramah HALAQAH kat kolej aku..lepas tue iftar sekali..bunyi macam aku nie terlampau busy pulak kan??hehe..alhamdulillah..atleast ada jugak program aku terlibat..tak dew la aku buang masa duduk rumah jew..huhu..

emm..kalu tiba bulan ramadhan jew,mesti ada bubur lambuk kan??di mana ada ramadhan,di situ ada bubur lambuk..hahaha..aku tak tau ape yang sedap sangat dengan bubur lambuk tue sebab aku tak minat bubur lambuk..kalau ibu aku buat bubur biasa,aku makan laa..hehe..tadi aku tengok tv,ada tunjuk cite pasal bubur lambuk kat masjid jamek kampung baru..diorang cakap bubur kt situ sedap..aku pon tau pasal benda tue tapi aku tak tau ape yang sedap nya..bagi aku sume bubur lambuk sama jew..mayb sebab resepi bubur lambuk kampung baru adalah resepi turun temurun kot..sebab tue sedap..sebab tue orang ramai sanggup beratur panjang semata mata nak dapatkan bubur lambuk tue..haishhh..dahsyatttt..huhu..sesetengah orang mungkin suka tapi aku tak berapa suka sebab banyak sangat bahan dalam bubur tue..hehe..emm..pape pon,bubur lambuk la juadah yang aku rasa laris and makanan yang mempunyai 'berkat' sebab campur dengan makanan nabi contohnya kismis,badam..kurma pon ada kot..hehe..so,bulan puasa nie aku nak pesan,sila lah kawal nafsu makan ye..jangan membazir..beli ala kadar jew..sekian..=)


* selalu pergi jalan-jalan kat bazaar ramadhan seksyen 13 shah alam semata-mata nak tengok ayam,kambing yang bergOlek-gOlek kat atas api..hahaha

Sunday, August 7, 2011

~ wanita istimewa disisi ALLAH ~

Assalammualaikum
WANITA :

1) Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

2) Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

3) Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

4) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..

5) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.



Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Dan kepada para wanita, jika anda merupakan seorang isteri dan amat menyayangi suami anda, maka taatlah kepadanya selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah. Jika anda seorang anak gadis dan amat menyayangi bapa anda, maka taatlah kepadanya selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah. Begitu jugalah jika anda seorang adik perempuan yang dijaga oleh abang anda dan anda amat menyayangi abang anda, maka taatlah dia selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah...wallahua'lam.

Friday, August 5, 2011

~ saya manusia paling bahagia hari ini..haha ~

Assalammualaikum..


yeayyy..aku la manusia paling gembira hari nie..haha..nak tau sebab pe??bukan sebab cikit lagi nak berbuka atau bukan sebab nak balik kampung esok tapi sebab hari nie aku dah habis exam..hahaha..at last,berakhir jugak sengsara aku nak menjawab paper yang sangat KILLER especially paper HUMAN RESOURCE MANAGEMENT..(saje besar kan tulisan coz nak mengambarkan betapa susah subj nie..hehe)..kalu boleh drop subj nie,memang sah2 aku drop..haha..soalan subj tue,mak aiii..susah gila..muntah hijau aku nak buat..haha..nak kata aku tak study,memang sah la tak betol..aku study sampai mata terpejam..buat note pon sampai pejam mata..amacam??terer tak aku..hahaha..setelah seminggu hidup aku agak messy sebab study sampai x cukup tido sehingga menyebabkan mata aku menjadi lebam dah tidak bermaya,akhirnya hari nie aku boleh berehat sepuas2 nya..(cakap beria jew..haha)..yang penting aku nak layan cite korea CITY HUNTER sampai habis episode..haha..okayy.. aku sebenarnya risau result midterm nie..susah pulak paper untuk sem nie..tpi aku harap everything gonna be ok..aminnnn..lagi satu,esok aku nak balik perak..yahooo..rindu gila kt family aku..kucing aku chane agaknye...lagi comey kew atau lagi comot..hehe..tak sabar nak buka puasa dgn family aku..hehe..ok la..cikit lagi nak berbuka dah..selamat berbuka ye kawan2..daa..(^_^)

Friday, July 29, 2011

~ they lOst ~

Assalamualaikum..


hari ini hari jumaat..penghulu segala hari..nampaknya lusa dah masuk bulan ramadhan..tak sabar rasenya nak sambut bulan puasa..minggu 1st puasa,aku akan balik kampung..yeayyy...tak sabar..before balik,aku kena habis kan exam midterm..hari selasa aku dh mula exam..hope i can do better..wish me luck..=)..


ok..straight to the point..sebenarnya aku nak tulis entry pasal HARIMAU MALAYA.. haaa..semalam mesti ramai giler yang pegi stadium kan..petang tue,aku pegi kelas,ramai giler stdnt pakai baju malaysia..then,kolej aku pasang pulak tv tunjuk previous game malaysia vs singapore  tue..memg semangat la..haha..aku x dapat pegi sebab ada sebab yang x dapat dielakkan..cadang nak pegi tpi x dapat..hehe..xpela..so,malam tue aku mandi cepat2..then dh duduk depan tv..haha..sangat semangat..jerit kuat2..ok,aku sebenarnya quite dissapointed dengan cara player malaysia main..aku tengok sume mcm tak kena jew especially bahagian defender..bahagian pertahanan sangat la lemah..aku rasa diorg main time dengan chelsea lagi bagos..memang nampak care permainan diorg lemah..maybe kalu ada safiq rahim,game semalam more better..but in 2nd half,baru corak diorg berubah sikit and thanks to safee sali sebab dapat goal kan untuk malaysia..yang goal singapore pulak,memang nampak sgt pertahanan malaysia lemah..senang jew player singapore bolos..yang aku bengang nye,player singapore asik nak sakit jew...pelik betol..


emm,even malaysia kalah,tapi atleast they try..they really did a good job..maybe lepas nie,diorg kena banyak perbaiki kelemahan diorg..anyway,thanks malaysia..we prOud of you..khairul fahmi,you are the best keeper..we still support our TIGER..


* kepada penyokong malaysia,jangan marah kalu malaysia kalah..mereka dh cuba sehabis baik..tapi maybe bukan rezeki kita nak menang..mereka perlukan sokongan kita semua..so,support our player..=)

Tuesday, July 26, 2011

"Wordless Wednesday #6"

Assalamualaikum..



* setiap hari rabu post kan gambar di blog masing2
tanpa sebarang description..

Thursday, July 21, 2011

~ bulan RAMADHAN menjelang tiba.. ~

Assalamualaikum...


hari nie hari jumaat..penghulu segala hari..tiap hari jumaat juga la aku duduk rumah sbb tak ada kelas..bila tak ada kelas,mula la bosan duduk rumah..bosan pula..bila ada kelas,malas nak pegi..bila tak ada kelas,bosan pula..huhu..ok..malas nak cite panjang2..sekarang nie aku nak tulis pasal bulan ramadhan...nampak nya,lagi seminggu dah nak masuk bulan puasa..cepat betul masa berlalu..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..aku tak sabar nak sambut bulan ramadhan..semoga ALLAH panjangkan umur aku untuk mengerjakan ibadah puasa..aminnn..=)..aku ingat lagi,orang tua cakap sape tak puasa,tak boleh raya..tak dapat duit raya..haha..aku yg agak bodoh2 dulu,puasa la..puasa sampai tengahari jew..pastue,buka puasa balik..haha..tapi skunk,aku puasa bukan untuk dapat duit raya banyak2 tapi untuk mengumpul pahala dan amal jariah sebanyak yang mungkin sebab bulan puasa nie terlalu banyak kelebihannya..



Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu

>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama

May the Ramadan bring you 
peace and prosperity, 
good health and wealth,
and brighten your life forever.