Saturday, April 7, 2012

wo nian Hanyu..

ASSALAMMUALAIKUM..

okay..nak tau maksud "wo nian Hanyu"?maksudnya saya belajar mandarin..haha..tak tau la betol atau tak..nak tulis perkataan ni pon refer buku mandarin (cehh..bukan main lagi ko ye)..

untuk sem ni,aku ambil subjek language..actually i'm looking forward to korean language but for this sem, kena ambil mandarin language dulu..so,nevermind la..mandarin pon best juga..hehe..kelas aku dah start last week..kelas sampai malam okay..sampai pukul 9 malam..paling lambat pukul 9.30 malam..1st time kelas aku habis sampai malam..tumpo wehhh nak mengadap buku mandarin dari pukul 7 sampai 9 malam..

1st class pun aku dah terlewat masuk kelas..bukan aku sorang tapi aku classmate aku pon sama..bukan saja lambat tapi sebab ada hal..hehe..sampai kolej aku,dari mula entrance terus berlari..dah lambat punya pasal..fuhhh..lari dah mcm dalam cerita running man je (running man tue gameshow korea..yg tgk tau la cerita nya..yg xtau running man,baik pegi tengok sekarang..haha)..kelas tingkat 8..ko ingat ktorg mampu nak naik tangga sampai tingkat 8 malam2..memang x la..so tunggu lif..bila lif sampai tingkat 8,terus pecut..takot kena marah dgn laoshi (teacher)..dah la 1st class plak tue..masuk je class, perghhh..ramai gila..dah mcm sardin dalam tin..ktorg buka je pintu,sume tepuk tangan,booo ktorg..MOTIFFF??x paham aku..buat x reti sudah..cepat2 ambil seat..aku ingat laoshi nak marah rupanya tak..nasib baik..hehe..laoshi aku perempuan..kecik je..comel..kadang2 kesian aku tengok dia nak kena handle kelas ktorg yg ada 80 student..bising nya dah macam kat pasar pagi shah alam tu..tension laoshi aku..

1st chapter,not that bad..senang je..(berlagak ko ye)..setakat "ni hao" "xiexie" "zaijian" "mei shir" "zaoshang hao" apa la sangat..pejam mata pon boleh..(pejam sebelah je..kalau pejam dua2 x nampak plak)....okayy..bila next class masuk next chapter,aku dah ternganga dah..dah x boleh nak berlagak sebab susah..semakin bebal aku nak memahami..haha.. penat lidah ni nak berkata-kata..aku rasa lidah ni dah mcm simpul mati dah..susah gila..memang kena praktis selalu..practise make perfect kannn..(n_n)..

so,lepas ni memang kena selalu study la..lagi pun sekarang short sem..dah nak exam pun..nasib baik ada housemate aku dah amik mandarin..boleh jadi 2nd laoshi aku..hehe..

pesanan untuk diri sendiri: JIA YOUR!! HAO YUN!!

Saturday, February 11, 2012

semakin hari semakin susah..

Assalammualaikum

Hmm..bila dah masuk hari minggu,tahap kebosanan aku mula menular..penat memerah otak nak berfikir aktiviti apa yang boleh aku buat..nak kacau roomates aku,diorang dah balik kampung..aku selalu jadi mangsa kena tinggal sorang-sorang..tidur pon sorang-sorang..kesian..sobsobss..bila rumah dah sunyi aktiviti aku untuk hari cuti ialah mengemas rumah..toilet disental sehingga berkilat..bilik di kemas sehingga menjadi seperti bilik sang puteri..ruang tamu disapu sehingga menjadi seperti mahligai indah..dapur dicuci sehingga harum semerbak..(ewah2 farah..beria la ko nak tulis ayat berbunga2..tak perlu la nak bermetafora bagai)..bila rumah sudah menjadi seperti istana,aku pon rehat la sekejap..

ok..sebenarnya yang diatas tu,hanya intro je..haha..saja je aku nak bercerita..takde kena mengena pon dengan tajuk post aku tu..haha..benda yang sebenarnya aku nak share ialah pasal subject aku untuk semester ni..hmm..pejam celik pejam celik dah masuk sem 3 aku kan MSU..ada lagi 4 sem untuk aku habiskan study kat sini..insyaAllah hujung tahun 2013 atau awal tahun 2014 aku habis ijazah..itu pon kalau aku tak repeat paper..huhu..hopefully,everything ok..aku sebenarnya risau sangat-sangat untuk semester ni..sem yang lepas,takde pula aku rasa macam ni..maybe sebab sem lepas subject tak killer sangat kot..so,that why aku macam chill je..sem ni aku ambil 5 subject..subject law,event cultural,event marketing,professional english & managerial accounting..aku risau semua subject ni..tapi yang paling merisaukan aku ialah subject law dengan managerial..result untuk midterm tak dapat lagi..baru dapat result english je..result pon biasa-biasa je..nak expect lebih pon tak boleh sebab lect dah bgtau yang paper dia takde yang dapat A..B je ada..hmm..tak pela..next time aku kena study more harder..yang merungsingkan kepala otak aku ialah subject managerial dengan law..aku kena hafal law yang maha banyak lagi..lepas tu managerial dah la susah gila..boleh jadi gila dibuatnya..aku berharap sangat-sangat aku lulus subject managerial untuk final nanti..dapat cukup-cukup makan pon xpe..atleast dah tak perlu nak repeat lagi..

aku sedar kalau nak berjaya kena susah-susah dahulu..bersenang kemudian..ini kalau bersenang dahulu,memang sure la dapat susah kemudian hari..ibu ayah pon ada pesan,nak berjaya kena lah susah dulu..dalam dunia ni takde yang senang kalau kita nak berjaya..semua orang kena usaha lebih..hasilnya tentu la lebih juga..sama la juga macam kerja..kalau nak dapat kerja bagus,gaji tinggi,kerja la dengan gigih..dan yang paling penting sekali sentiasa lah BERDOA!!!doa itu SENJATA orang mukmin..bila kita dah berusaha,berserah kepada Allah..DIA maha MENGETAHUI apa yang baik untuk kita..(n_n)

aku berharap semoga semester ini aku dapat buat yang terbaik..Aminnnnn...


Tuesday, January 24, 2012

Riang-ria cuti tahun baru cina..=D

Assalammualaikum..

dah lama rasanya tak update blog..malas sebenarnya asyik nak menaip je..penat menaip..maklumlah asyik menaip assignment yang setebal-tebal kamus..hari ini tergerak hati nak share story dalam blog ni..dah berkurun tak tulis..so,bila dah lama tak menulis dalam blog ni,mula la lama sikit nak fikir cari idea..hehe..

ok..sebenarnya aku nak story pasal program makan-makan,bakar-bakar kat rumah aku..maklum la chinese new year..dapat la cuti 4 hari..lagi pun ramai sedara-mara balik kampung...bila aku pergi rumah opah,semua dah plan nak buat BBQ kat rumah aku..apa lagi memang best la..dah lama tak buat..tak ingat dunia sekejap..haha..meriah pula rasa..dah macam nak raya aidilfitri tambah-tambah bila kelling rumah aku ramai main bunga api..hehe..emm..sebenarnya motif utama aku balik perak cuti ni,aku nak keluar dengan kawan baik aku tapi tak kesampaian..hmm..lepas tu,nak buat assignment event law yang maha susah tu..iye-iye je bawa buku,laptop,kotak pensil bagai tapi langsung tak usik..ini la padahnya kalau balik rumahku syurgaku..memang assignment tolak tepi..hehe

nah..saje nak tunjuk..hehe

sebelum nak bakar-bakar kena nyalakan api..
aku lah orang yang ditugaskan nyalakan api..
hehe

(n_n)



heaven malam tu..macam-macam ada..
laksa ada,nasi goreng ada,
pengat pisang ada, kentang goreng ada..
nyum nyum~~

okay..ini pula session tengok cerita hantu kak limah..
lepas makan ramai-ramai duduk depan tv..
focus tu..=D

seronok bila dapat kumpul ramai-ramai macam ni..kalau tak,sunyi je..hehe




Sunday, January 8, 2012

EXAM!!!


Ya Allah..permudahkan segala urusan hambaMu ini..semOga aku dapat menghadapinya dengan tenang..Amin..

Saturday, December 10, 2011

the greatness of Allah s.w.t

Assalammualaikum..



Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

hari ini satu dunia tengok fenomena gerhana bulan termasuklah aku..sambil tengok,siapa yang mampu buat solat sunat tue,boleh la buat..tak buat pon tak pe..nama pun sunat..tapi kalu buat dapat pahala..=)..

Walaupun aku tak dapat tengok gerhana bulan sangat sebab tak jelas tapi takpe..sekurang-kurangnya aku masih mampu melihat.. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana aku masih mampu melihat kebesaranMu..=)

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu!!!!

Assalammualaikum..

hOla..haa..korang dah baca title post aku,sure korang dh tau aku nk story pasal apa kan?sudah semestinya pasal OMBAK RINDU..alaaa..filem yg dpt 4 juta tue dlm masa 4 hari..gempak kan??huhu..aku memang nak tengok cerita tu sejak 1st trailer ombak rindu  kuar kat tv..so,isnin lepas aku pergi la tengok dengan classmate aku 4 orang..habis kelas terus balik,mandi2,siap2 semua..then terus gerak pergi sunway pyramid tengok kat sana..ambil tiket pukul 9.45 malam..haishh excited gila la nak pegi tengok sebab member yg dah tengok,cakap cite tue sedih..bOleh menangis..kena bawa tisu..sampai ada classmate aku nie betul2 nak bawa tisu..bajet memang dia nak menangis la tu..haha..pukul 9.30,ktorang pon sampai..

sO,tunggu punya tunggu cite pon dah start..opening pon dah best..kat sawah..hehe..semua mula menghayati..bila part sedih,kuar plak lagu ombak rindu memg lagi sedih la..tapi aku tak pulak menangis macam kat org sebelah aku..dia smpai menangis (sobsobss)..haha..adOi..padahal nak kata sedih sangat tu tak la..biasa2 je..classmate aku dua orang tue,dr awal sampi habis senyap je..konfem menangis la tue..mata berkaca je..haha..tapi Aaron Aziz dengan Maya Karin memang the best la..cuma bagi aku cerita tu kurang sesuai kalau nak bawa budak kecil tengok..faham2 la kan..hari tue ramai parents bawa anak kecil jOin sekali..lepas tu budak tu berdiri depan aku tepuk2 tangan..apa yang dia tepuk pon,hanya dia je yang tahu..haha..lepas habis cerita tu,ktorang terus gerak balik..sO,secara rasminya aku bagi 9/10 bintang..hehe


THUMBS UP!!!