Saturday, February 11, 2012

semakin hari semakin susah..

Assalammualaikum

Hmm..bila dah masuk hari minggu,tahap kebosanan aku mula menular..penat memerah otak nak berfikir aktiviti apa yang boleh aku buat..nak kacau roomates aku,diorang dah balik kampung..aku selalu jadi mangsa kena tinggal sorang-sorang..tidur pon sorang-sorang..kesian..sobsobss..bila rumah dah sunyi aktiviti aku untuk hari cuti ialah mengemas rumah..toilet disental sehingga berkilat..bilik di kemas sehingga menjadi seperti bilik sang puteri..ruang tamu disapu sehingga menjadi seperti mahligai indah..dapur dicuci sehingga harum semerbak..(ewah2 farah..beria la ko nak tulis ayat berbunga2..tak perlu la nak bermetafora bagai)..bila rumah sudah menjadi seperti istana,aku pon rehat la sekejap..

ok..sebenarnya yang diatas tu,hanya intro je..haha..saja je aku nak bercerita..takde kena mengena pon dengan tajuk post aku tu..haha..benda yang sebenarnya aku nak share ialah pasal subject aku untuk semester ni..hmm..pejam celik pejam celik dah masuk sem 3 aku kan MSU..ada lagi 4 sem untuk aku habiskan study kat sini..insyaAllah hujung tahun 2013 atau awal tahun 2014 aku habis ijazah..itu pon kalau aku tak repeat paper..huhu..hopefully,everything ok..aku sebenarnya risau sangat-sangat untuk semester ni..sem yang lepas,takde pula aku rasa macam ni..maybe sebab sem lepas subject tak killer sangat kot..so,that why aku macam chill je..sem ni aku ambil 5 subject..subject law,event cultural,event marketing,professional english & managerial accounting..aku risau semua subject ni..tapi yang paling merisaukan aku ialah subject law dengan managerial..result untuk midterm tak dapat lagi..baru dapat result english je..result pon biasa-biasa je..nak expect lebih pon tak boleh sebab lect dah bgtau yang paper dia takde yang dapat A..B je ada..hmm..tak pela..next time aku kena study more harder..yang merungsingkan kepala otak aku ialah subject managerial dengan law..aku kena hafal law yang maha banyak lagi..lepas tu managerial dah la susah gila..boleh jadi gila dibuatnya..aku berharap sangat-sangat aku lulus subject managerial untuk final nanti..dapat cukup-cukup makan pon xpe..atleast dah tak perlu nak repeat lagi..

aku sedar kalau nak berjaya kena susah-susah dahulu..bersenang kemudian..ini kalau bersenang dahulu,memang sure la dapat susah kemudian hari..ibu ayah pon ada pesan,nak berjaya kena lah susah dulu..dalam dunia ni takde yang senang kalau kita nak berjaya..semua orang kena usaha lebih..hasilnya tentu la lebih juga..sama la juga macam kerja..kalau nak dapat kerja bagus,gaji tinggi,kerja la dengan gigih..dan yang paling penting sekali sentiasa lah BERDOA!!!doa itu SENJATA orang mukmin..bila kita dah berusaha,berserah kepada Allah..DIA maha MENGETAHUI apa yang baik untuk kita..(n_n)

aku berharap semoga semester ini aku dapat buat yang terbaik..Aminnnnn...