Saturday, August 20, 2011

bagi kad raya ke atau hantar guna sms?

Assalammualaikum..

nampaknya sudah masuk 20 ramadhan..ya Allah..cepat betol masa berlalu kan??dh malam Lailatul Qadar nie..alhamdulillah..raya pon nak dekat dah.. lagu2 raya pon dah pasang kt semua mall..huhu..bila dh dekat nak raya nie, macam2 kad raya jual kat kedai..ada yang buka2 kuar lagu la..ada yang buka2 timbul gambor kartun la..makin lama kad raya makin upgrade..hehe..tapi sekarang dunia pon dah maju..so,nak kirim2 kad raya pon dah jarang..semua guna sms la..facebOok la..mms la..aku pon macam tue jgk..haha..bukannya apa..kalu guna hp senang dan pantas jew..x perlu nak keluar beli setem la, pegi pejabat pos la,tunggu abg posmen hntr kad raya la..(^_^)..tapi bagi aku, kalu bagi kad raya lebih bermakna lagi..baru terasa mcm nak raya..kad raya pon boleh simpan buat kenang-kenangan..teringat aku masa zaman aku sekolah..tiap kali nak raya jew,msti beli kad raya yg 1 packet rm5.00..dlm tue ada 3 kad raya..sekali dgn sampul..beli banyak2..lepas tue buat list nama kawan2 yg nak bagi kad raya..esok pagi pegi sekolah,bagi kat kawan sekelas.. x payah susah2 nak pos..main tukar2 kad raya..time sekolah banyak gila dapat kad raya..tpi kad raya dr secret admire xdew sebab aku sekolah perempuan.. haha..


tapi sekarang itu semua dah xdew dah..guna sms jew..sms pon sms la..yang penting,aku sentiasa ingat kt orang2 sekeliling yang aku sayang..=)..lagipon sekarang ramai yang guna mms..bagi gambar raya pastue siap keluar lagu lagi..huhu..so,x kesah la sama ada nak bagi guna kad atau sms ke..yang penting kita ingat antara satu sama lain..yang penting IKHLAS..sekian..=)


* aku still simpan kad raya masa zaman sekolah dulu dalam kotak..=).lepas tue semalam aku keluar dgn kawan pegi jalan2 tengok baju raya..lepas tue aku beli 2 kad raya siap timbul yg kartun tue..cute..haha..nak bagi dekat 2 orang insan yang aku anggap istimewa selepas keluarga tercinta..=)

No comments:

Post a Comment